Novel Kabus Di Perbukitan (Novel
Ting.5 SPM 2011)
SINOPSIS
Bab 1 : Pucuk-pucuk Kayu di Hadapan Matanya
Rahayu sukar bangun pagi kerana menyiapkan tugasan pada malam
sebelumnya. Badannya juga kurang sihat. Namun dia bergegas bangun kerana dia
berjanji akan ke perpustakaan bersama-sama Azrul. Tepat pukul 8.00 dia tiba di
perpustakaan. Azrul mengajak Rahayu bersarapan terlebih dahulu dan mereka
berbual-bual tentang tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Rahayu memberitahu
dia berasa lega apabila dapat menyiapkan tugasan. Azrul pula menceritakan
rancangannya untuk ke KLCC pada hujung minggu kerana menyertai kempen Persatuan
pencinta Alam. Kempen itu dinamakan Save Our River untuk menyelamatkan sungai
yang tercemar. Rahayu berminat ikut serta dan niat itu dipersetujui oleh Azrul.
Mereka berdua memang akrab dan berhasrat untuk berkahwin. Malahan perhubungan
mereka juga tidak ditentang oleh ibu bapa masing-masing. Azrul sangat aktif
dalam aktiviti alam sekitar. Dia sering menyertai ekspedisi mendaki gunung.
Rahayu pula berminat dengan aktiviti Azrul tetapi dia menghidap penyakit asma.
Dia merupakan pelajar dalam jurusan pembangunan manusia. Ketika di
perpustakaan, tiba-tiba Ayu jatuh dan pengsan. Dia dikejarkan ke Pusat
Kesihatan UPM. Ketika itu imbas kembali memaparkan kisah faridah dan Mastura.
Faridah mahu ke Raub dengan memandu van. Dia ingin menenangkan fikirannya.
Tunangnya telah memutuskan pertunangan mereka tanpa sebarang alasan. Dalam
perjalanan tiba-tiba Faridah disapa oleh Iqbal, seorang muridnya yang mengalami
sindrom down. Hal ini amat mengejutkan Faridah yang melihat Iqbal bersama-sama
Mastura ketika dia bertolak. Faridah hilang kawalan terhadap vannya lalu
melanggar penghadang jalan. Vannya terjatuh ke dalam gaung.
Bab 2 : Hilang Tanpa Jejak
Ghazali dan Said iaitu pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat telah ke rumah
Faridah untuk menyampaikan berita kehilangan Faridah dan Iqbal. Salmah , ibu
Faridah berasa sangat sedih menerima berita itu kerana Faridahlah tempat dia
bergantung. Majlis sembahyang hajat dan doa selamat diadakan di kampung
diketuai oleh Imam Haji Sohod. Ghazali dan Said pergi ke Bukit Fraser untuk
mengetahui maklumat tentang kehilangan Faridah. malam itu mereka ditemani oleh
pegawai-pegawai polis telah ke tempat kejadian. Namun mereka hanya dapay
melihat van yang berada lebih kurang 50 kaki di dalam gaung. Pihak penyelamat
akan menarik van itu keluar dengan bantuan anggota tentera. Malam itu Ghazali
dan Said bermalam di Rumah Rehat Gap di Bukit Fraser. Mereka ditemani oleh
beberapa orang pegawai polis termasuk Sarjan Yusoff. Keadaan yang terlalu sejuk
menyebabkan Ghazali mengenang nasib Faridah dan Iqbal yang masih hilang. Semua
usaha yang dijalankan termasuk menggunakan pasukan Senoi Praak untuk mengesan
mangsa menemui jalan buntu. Sarjan Yusoff mencadangkan agar mereka menggunakan
bomoh kerana bimbang ada pengaruh makhluk halus dalam kejadian tersebut. Akan
tetapi Ghazali kurang bersetuju dengan cadangan itu. Mereka hanya mampu berdoa
dan akan mendapatkan bantuan helikopter Tentera Udara untuk meneruskan usaha
menyelamat.
Bab 3 : Bersarang di Dalam Dada
Berita kehilangan Faridah disampaikan kepada bapanya Mejar(B) Kamarudin yang
sudah berkahwin dengan Hamidah tidak memberitahu isterinya tentang Faridah yang
merupakan kembar seiras Rahayu. yang membezakan kedua-dua beradik itu ialah
Faridah mempunyai lesung pipit dan Rahayu tidak memilikinya. Namun Hamidah
tidak menghalang suaminya pergi ke tempat kejadian. Sepeninggalannya Kamarudin
, Hamidah mendapat berita tentang Rahayu yang dirawat di Hospital Universiti
Kebangsaan, cheras. Pihak hospital mahu berjumpa dengan ibu bapa Rahayu untuk
membincangkan masalah kesihatan Rahayu. Azrul menunggu Hamidah ketika wanita
itu sampai. Setelah bertemu dengan Rahayu yang terbaring di katil. hamidah
diminta untuk bertemu dengan Dr. Susan yang merawat Rahayu. Melalui pemeriksaan
Dr. Susan, terdapat tompok-tompok dikesan melalui x-ray dalam dada Rahayu.
Tompok-tompok putih itu mula menjalar ke pangkal leher dan menyebabkann leher
Rahayu membengkak. Pihak hospital meminta kebenaran agar ujian biopsi ke atas
Rahayu dapat dijalankan untuk mengesan sel-sel kanser. Hamidah memberikan
kebenaran agar ujian biopsi dijalankan terhadap Rahayu. Setelah menjalani ujian
tersebut Rahayu dibenarkan pulang. Azrul membantu Rahayu ketika Rahayu di
rumah. Nota-nota kuliah dan tugasan disampaikan kepada Rahayu.
Bab 4 : Air Mata dan Rambut yang
Berguguran
Rahayu dirawat di hospital. Dia berasa sangat sedih dengan keadaannya. Azrul
tetap datang menemani Rahayu di wad. Keadaan penyakit Rahayu semakin serius.
Rambutnya gugur setelah menjalani rawatan kimoterapi. Hamidah juga tetap setia
menjaga anak tirinya itu. Perasaan Rahayu bertambah tertekan apanila Suhaila
yang menjadi rakannya di wad meninggal dunia. Sebelum meninggal dunia Suhaila
memberikannya beberapa buah novel cinta untuk dibaca. Mejar (B) Kamarudin tidak
dapat menahan kesedihan melihat keadaan anaknya yang menderita. Azlin iaitu
jururawat yang menjaga Rahayu di wad menjadi teman rapatnya. Azlin melayan
Rahayu dengan baik agar Rahayu tidak terlalu tertekan dengan penderitaannya.
Dr. susan hanya memberikan masa tiga bulan untuk Rahayu terus hidup. Dalam pada
itu, Rahayu tetap mengingati kakaknya faridah yang nasih hilang.
Bab 5 : Bukit Kutu
Faridah yang hilang selepas kemalangan terasa dirinya berada di tempat yang
asing. Dia seolah-olah berada di sebuah rumah zaman kolonial. Tempatnya agak
eksklusif di sebuah kawasan peranginan tempat tinggi. Tuan rumah itu seorang
lelaki kulit putih bernama Tuan Cecil Renking yang fasih berbahasa Melayu.
Faridah mula berasa dia tidak berada di alam maya. Dia bertanya bagaimana dia
berada di tempat itu. Dia diberitahu bahawa orang Penghulu Garang yang
menjumpainya bersama-sama Iqbal lalu dibawa ke situ. Dia diberitahu bahawa
tempat itu bernama Bukit Kutu. Ketika dia tidur dia bermimpi bertemu dengan
adiknya Rahayu. Mereka berdua seolah-olah berkomunikasi antara satu dengan
lain. Rahayu meminta Faridah pulang kerana Bukit Kutu deolah-olah satu dunia
yang berbeza. Di hospital Rahayu kelihatan seperti meracau-racau. Dr. Susan
berkata perkara itu merupakan kesan morfin iaitu ubat yang digunakan untuk
merawat Rahayu. Dr. Susan juga diberitahu oleh Hamidah tentang Faridah. Dr.
Susan mula menyedari bahawa ada hubungan bawah sedar antara Rahayu dan Faridah.
Bab 6 : Hanya pada Harapan
Azrul berasa sedih dengan penderitaan yang dialami oleh Rahayu . ketika dia
melawat Rahayu di rumahnya, gadis itu berkata dia hanya menanti kematian.
Rahayu juga meminta agar Azrul meneruskan cita-citanya untuk membuka perniagaan
berasaskan pertanian. Hamidah memahami perasaan Azrul. Dia memujuk Azrul dengan
mengatakan orang yang berpenyakit memang berkelakuan seperti Rahayu. Azrul
pulang dengan perasan yang hambar. Satu sidang akhbar diadakan di Ibu Pejabat
Polis Daerah Raub untuk mengumumkan penamatan usaha mencari dan menyelamat
Faridah dan Iqbal. Namun pihak polis berjanji untuk meneruskan siasatan kes
yang dikategorikan sebagai orang hilang. Penamatan operasi itu menyebabkan
Kamarudin berasa kecewa. Dia membuat keputusan untuk mencari anaknya sendiri
memandangkan kembar Faridah sedang sakit dan berhajat untuk bertemu dengan
kakaknya itu. Kamarudin berhasrat untuk meminta bantuan rakannya, Buyung untuk
membantunya mencari Faridah.
Bab 7 : Kabus di Perbukitan
Kamarudin memulakan usaha mencari anaknya Faridah di hutan. Dia ditemani oleh
Buyung yang juga bekas tentera. Kamarudin berasa dirinya tidak secergas semasa
masih berkhidmat dalam angkatan tentera sebelum dia bersara 15 tahun yang lalu.
Buyung masih seperti dahulu iaitu dia sangat suka menghisap rokok gulung.
Kamarudin mengajak Buyung mencari Faridah di Bukit Kutu. Katanya Rahayu sering
meracau dan menyebut Bukit Kutu. Dia teringat akan Rahayu yang sedang sakit.
Dia juga menghantarkan Rahayu untuk bertemu dengan ibu kandungnya Salmah di
Sungai Besar. Dia mahu memenuhi semua kehendak Rahayu kerana dia berasa bersalah
terhadap semua pergolakan yang berlaku dalam keluarga mereka. Setelah lima jam
mendaki, mereka sampai di puncak Bukit Kutu. pemandangannya sangat indah.
Kamarudin dan Buyung bermalam di bukit itu ketika malam tiba. Keadaan malam
sangat gelap dan berkabus. suasana sangat dingin. Kamarudin bertanya pada
Buyung tentang kemungkinan kehilangan Faridah ada kaitan dengan makhluk halus.
Hamidah menghubungi Kamarudin untuk memberitahu perkembangan keadaan Rahayu.
Menurutnya Rahayu ada memberikan gambaran tentang tempat Faridah hilang.
Berdasarkan panduan itu, Kamarudin meneruskan pencarian. Mereka cuba mencari
kawasan petempatan orang asli kerana gambaran yang diberikan oleh Rahayu ada
kaitan dengan kawasan orang asli.
Bab 8 : Terus Mencari
Kamarudin dan Buyung meneruskan pencarian hingga ke sempadan negeri Pahang.
Dalam perjalanan mereka mendengar bunyi salakan anjing dan suara kanak-kanak.
Mereka berjumpa dengan kawasan orang asli suku Temuan. Buyung menceritakan
tujuan kedatangan mereka kepada Tok batin Senik. Setelah mendengar cerita
Buyung, Tok Batin Senik mengajak mereka ke rumahnya. Di situlah
Kamarudinmendapati Faridah sedang tidur. Kepalanya berbalut dengan kain putih
dan ada kesan darah. Tok batin Senik menjelaskan bahawa Faridah dijumpai di
Sungai Dua. Keadaan Faridah waktu dia ditemui oleh orang asli seperti
kebingungan dan tidak ingat akan namanya. Iqbal mengikut Meor untuk meminta
bantuan. Tok Batin Senik menyuruh anak buahnya menebas semak untuk dijadikan
kawasan pendaratan helikopter. Akhirnya Faridah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur
dengan helikopter. Berita tentang penemuan Faridah tersebar ke seluruh negara.
Bab 9 : Pekan Sungai Kubu
Bab ini mengisahkan imbas kembali yang berlaku suatu ketika dahulu di Pekan
Sungai Kubu. secara bawah sedar, Faridah seolah-olah berada di tempat tersebut
dan menyaksikan suasana kehidupan di situ. Penduduk keluar ke pekan membeli
barang keperluan selepas hujan teduh. Terdapat 12 buah kedai di pekan kecil
itu. Orang Melayu dan Mandailing mempunyai empay buah kedai. Pekedai Cina
menjual pelbagai barang keperluan. Ada sebuah kedai yang menjual candu untuk
pekerja-pekerja lombong. Rumah kayu milik Tuan Cecil Renking terletak di atas
bukit. Kebanyakan penduduk bekerja sebagai pelombong bijih timah. Bijih
diangkut dengan kereta kuda melalui pondok cukai yang dijaga oleh Penghulu
Garang. Faridah dibawa oleh Amah Siti ke pasar. Faridah tertarik dengan cara
orang dulu-dulu berkomunikasi dengan penuh adat sopan. Setelah sebulan tinggal
di Sungai Kubu, Faridah mula menyesuaikan diri. Namun, dia masih tidak dapat
mencelikkan mata. Dia berharap untuk pulang ke Sungai Besar. Akan tetapi Amah
Siti mengatakan Sungai Besar sangat jauh dari tempat mereka. Di rumah Tuan
Cecil, Faridah dan Iqbal diberikan sebuah bilik kecil, bersebelehan bilik Amah
Siti. Tuan Cicil diberitahu tentang kewujudan buaya keramat di empangan bijih.
Namun, Tuan Cecil tidak percaya tentang unsur keramat. Beliau mengambil
keputusan untuk menembak buaya itu. Tindakan Tuan Cecil tidak disenangi oleh
Penghulu Garang. Katanya tempat itu akan ditimpa bala akibat perbuatan Tuan
Cecil itu. Penghulu Garang menyuruh orang berpindah meninggalkan tempat
tersebut.
Bab 10 : Kauhadir dalam Igauan
faridah dirawat di wad kecemasan hospital tetapi belum sedar. Tubuhnya penuh
dengan kesan gigitan dan calar-balar. Ghazali sedih melihat keadaan Faridah
yang terlantar. Setelah keadaan stabil, Faridah dipindahkan dari wad rawatan
rapi. Hanya duga orang pelawat dibenarkan melawat Faridah pada satu-satu masa.
Rahayu dibawa melawat Faridah. Dia menangis sambil menggenggam tangan kakaknya.
Dia bercakap dengan Faridah yang masih tidak sedarkan diri. Akibat berasa lemah
kerana baru menjalani kemoterapi, Rahayu meletakkan kepalanya di tepi dada
Faridah. Dia tertidur dan bermimpi rumah mereka digenangi air. Dalam mimpi itu,
kedua-dua adik-beradik itu seolah-olah bercakap antara satu sama lain.
Tiba-tiba suasana dikejutkan oleh raungan Faridah menyebut nama Rahayu. Pada
masa itu juga Rahayu didapati telah meninggal dunia.
Bab 11 : Kasih Ibu Sepanjang Jalan
Kematian Rahayu meninggalkan kesan yang mendalam terhadap ibu kandungnya,
Salmah. Dia sering teringat akan Rahayu dan mula diserang sakit jantung. Suatu
pagi Salmah mahu ke pasar di Sungai Haji Dorani. Dia mahu membeli belacan di
gerai Pak Talib. Ghazali sering datang untuk membantu Faridah. Salmah
mencadangkan agar Faridah berkahwin dengan Ghazali tetapi Faridah berasa malu
dan bimbang dianggap perigi mencari timba. Namun demikian Ghazali telah
berterus terang untuk mengambil Faridah sebagai isteri. Rombongan peminangan
akan dihantar untuk meminang Faridah secara rasmi. Faridah seba salah. Dia
bimbang kekecewaan pertama akan berulang kembali. Akhirnya Faridah bersetuju
untuk menerima Ghazali sebagai teman hidupnya. Salmah berasa sangat gembira
dengan persetujuan Faridah.
Bab 12 : Tekad
Azrul menamatkan pengajiannya di UPM. Namun demikian beliau tidak berminat
untuk bekerja makan gaji. Dia mahu memulakan projek ternakan kambing. Pasaran
kambing di negara ini semakin besar. Berdasarkan kajian Azrul, terdapat
pelbagai spesies kambing yang sesuai dipelihara. Keputusan Azrul mendapat
sokongan bapanya tetapi ibunya agak resah. Suatu hari, Azrul menziarahi kubur
arwah Rahayu. Dia terserempak dengan Faridah yang kebetulan menziarahi kubur
adiknya. Dia teringat akan kisah kehilangan Faridah ketika Rahayu sedang
dirawat di hospital. Mereka berdua berkenalan. Namun kehidupan Azrul agak muram
kerana masa terkenangkan Rahayu. Dia banyak termenung hingga disedari oleh
ibunya. Namun Azrul menyakinkan ibunya bahawa dia akan meneruskan niatnya untuk
bekerja sendiri. Dia tetap menjadikan Rahayu sebagai pencetus semangatnya untuk
menghadapi masa hadapan yang mencabar.
Bab 13 : Rindu
Ghazali telah bertukar ke Kelang. Dia hanya pulang ke rumah dua atau tiga kali
dalam seminggu. Faridah masih tinggal di Sungai Besar untuk menemani ibunya.
Salmah pula meneruskan kehidupan dengan mengerjakan sawah. namun dalam jiwanya
dia sangat rindu akan anaknya. Bertahun-tahun dia terpisah dengan Ayu setelah dibawa
pergi oleh Kamarudin selepas mereka berpisah. Fikiran Salmah semakin terganggu.
Dia sering menziarahi kubur anaknya itu. Dia sering teringat saat-saat terakhir
kehidupan Ayu, ketika anak gadisnya pulang untuk bersama-sama dengannya. Oleh
sebab itu dia sangat sukar melupakan Rahayu, walaupun dua tahun selepas Rahayu
meninggal dunia. faridah dan Ghazali bimbang dengan keadaan Salmah. Faridah
menceritakan tentang Azrul kepada Ghazali. Katanya Azrul terlalu sayang akan
arwah Rahayu. Kini Azrul mengusahakan ternakan kambing dan tapak semaian. Dia
mahu mengotakan janjinya dengan arwah Rahayu untuk menjadi seorang usahawan
yang berjaya.
Bab 14 : Ibu, Angin Telah Menderu Pergi
Faridah bangun awal pagi, iaitu pukul 4.00 pagi. Dia menunaikan solat tahajud.
Entah mengapa hatinya berasa resah. Ketika fajar menyingsing, Faridah membasuh
beras kerana ibunya berpesan kepadanya untuk masak nasi lemak. Faridah berasa
hairan kerana ibunya lambat bangun pagi itu. Ketika cuba dikejutkan, barulah
dia sedar bahawa ibunya telah meninggal dunia. Faridah memeluk tubuh ibunya
dengan penuh kasih. Dia berasa pemergian ibunya ialah titik akhir penderitaan
orang tua itu.
Bab 15 : 25 Tahun Kemudian - Cintaku
Abadi
Faridah kini berada di New Zealand. Dia telah berhijrah ke negara itu sejak 25
tahun yang lalu. Dia tinggal di Rosewood iaitu pekan kecil berhampiran bandar
Christchurch. Dia telah berkahwin dengan Soleh Johnsons dan memiliki dua orang
anak perempuan, Anne dan Melina. Faridah melalui kenangan pahit di tanah air
sendiri. Tidak lama selepas ibunya meninggal dunia, Ghazali pula meninggal
akibat kemalangan jalan raya. Dia hampir gila dengan tekanan hidup akibat
kehilangan orang yang tersayang. Nasibnya baik apabila dia ditawarkan oleh ibu
pejabat JKM untuk berkursus selama enam bulan di New Zealand. Selepas itu dia
tidak balik-balik lagi ke kampung kerana telah bertemu jodoh dengan Soleh
Johnsons. Ingatannya terhadap Sungai Besar tetap abadi. Suaminya memahami
perasaan Faridah. Soleh mengusahakan kawasan ternakan dan pusat penyembelihan
kambing. Dia sering mengupah pelajar Islam dari negara luar untuk menyembelih
kambing sebagai kerja sambilan.
Bab 16 : Mengejar Mimpi-Mimpi
Melina adalah salah seorang anak kembar Faridah. Pada suatu hari Melina
berkenalan dengan Benny yang berketurunan Arab. Benny menyapa Melina ketika dia
sedang minum di sebuah gerai di Auckland. perkenalan mereka merupakan permulaan
hubungannya dengan lelaki yang lahir di Dubai itu. Dari segi peribadi Melina
agak bebas. Dia sangat berbeza dengAnne yang begitu taat dengan ajaran Islam.
Dia juga tidak tinggal bersama-sama keluarganya di Christchurch, sebaliknya
memilih tinggal di Auckland dan bekerja sebagai pembantu pelukis pelan. Benny
meneruskan perhubungannya dengan Melina. Mereka saling bertemu dan berbincang
tentang pelbagai perkara. Benny memberitahu dia akan ke Malaysia kerana hendak
melihat tempahan perahu layarnya di Terengganu. Dia juga bakal ditempatkan oleh
syarikat keluarganya untuk mengendalikan anak syarikat mereka di Malaysia. Dia
mengajak Melina dan ajakan itu sangat-sangat dihargai oleh Melina. Dia memang
teringin untuk ke Malaysia kerana tidak pernah berbuat demikian walaupun ibunya
orang Malaysia. Akhirnya Benny membuat keputusan untuk mengahwini Melina .
Benny dan Melina pulang ke rumah ibu bapanya di Christchurch untuk menyatakan
hasrat mereka untuk berkahwin serta untuk mendapat persetujuan Soleh Johnsons.
Bab 17 : Penyembelihan Kambing
Zain ialah anak Azrul yang menuntut dalam bidang pertanian di New Zealand. Dia
bekerja sambilan sebagai penyembelih kambing di pusat penyembelihan yang
dimiliki oleh Soleh Johnsons. Dia tinggal bersama-sama Asraf Ameen yang berasal
dari Nigeria. Pada suatu hari, mereka mendapat jemputan perkahwinan anak Soleh
johnsons dan bercadang untuk menghadirinya. Zain seperti juga ayahnya, sangat
meminati bidang pertanian. Dalam kalangan pelajar Malaysia di Universiti
Lincoln, hanya dia seorang yang mengambil jurusan pertanian. Dia sering
teringat akan pandangan ayahnya tentang kepentingan bidang pertanian. Di tanah
air, ayahnya merupakan seorang peladang yang berjaya. Datuk Azrul pernah
membawa isterinya melawat New Zealand ketika Zain belajar di sana. Mereka
menikmati keindahan pemandangan di New Zealand ketika menaiki bot persiaran di
pantai Kouikora. Menurut zain, ada ramai orang Melayu yang menetap di New
Zealand. mereka menjadi orang berjaya. Pada suatu hari, Zain bertemu Anne.Zain
membantu Anne yang menghadapi masalah keretanya rosak. Pertemuan itu membuatkan
Zain jatuh hati pada Anne.
Bab 18 : Tanah Tumpah Air Mata
Benny membawa Melina ke Malaysia selepas dua minggu mereka dinikahkan di Masjid
al-Noor, Christchurch. Di Kuala Lumpur mereka berdua dilayan dengan baik oleh
pekerja syarikat yang ditugaskan untuk menjemput Benny. Benny akan memulakan
tugasnya di syarikat milik bapa saudaranya Jaafar al-anbia. Dia telah lama
menghabiskan masa dengan belayar. melina berasa dia berada di tempat yang
sangat asing dan bimbang tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di Kuala
Lumpur. Namun Benny berkata Kuala Lumpur mempunyai lebih 50 ribu orang
ekspatriat asing seperti mereka berdua. Semasa di Kuala Lumpur, Khalid
bertindak sebagai pemandu Benny. Dalam satu mesyuarat, Benny diperkenalkan
kepada ahli-ahli lembaga pengarah syarikat milik keluarga al- Anbia. Dia
diberitahu bahawa dia akan ditugaskan di pejabat cawangan Kuala Terengganu.
Benny tidak menolak dan berkata dia suka akan Terengganu. Dia memang suka akan
laut. Melina membeli peta untuk mencari tempat yang bernama Sungai Besar, iaitu
tempat kelahiran ibunya, Faridah. Dia teringat akan ibunya yang gemar
mendodokannya dengan lagu Melayu ketika dia masih kecil.
Bab 19 : hati dan Warna Kanvas
Benny membeli sebuah banglo di tepi pantai dengan harga setengah juta ringgit
termasuk tanah lima ekar. Melina juga tertarik dengan suasana banglo tersebut
kerana kedudukannya menghadap laut. Benny tidak bimbang dengan kewangan kerana
dia yakin dapat menjual perahu layar yang ditempahnya dengan harga yang lebih
tinggi. Marang telah menjadi tempat tinggal melina. Dia suka melihat laut dari
beranda banglo itu. Dia memulakan minatnya kembali, iaitu melukis. Keindahan
Marang diabadikan di atas kanvas lukisannya. Benny turut mengagumi bakat yang
dimiliki oleh Melina. Setelah agak lama bertugas, Benny mempunyai beberapa
orang kawan. Antaranya Mohamed Attar yang berasal dari pakistan, Mehmood dari
Maghribi dan Noor Mohamad dari bangladesh. Mehmood masih bujang dan berniat
untuk berkahwin dengan gadis di kampung halamannya. Mereka sering berbincang
soal agama, soal jihad dan dakwah Islam. Benny mula sedar dan mahu kembali ke
jalan Allah.
Bab 20 : Pendatang
Soleh bimbang dengan kejadian vandalisme di An Noor islamic Centre apabila
beberapa buah kereta dipecahkan cerminnya. hal ini akan menyebabkan media
memberikan gambaran yang salah tentang Islam. Faridah pula yakin ketenangan
akan tetap terjamin. Malah Faridah sendiri pula mulanya sukar untuk
menyesuaikan diri ketika mula-mula sampai di Christchurch dahulu. Dia disangka
orang Maori, rakyat pribumi New Zealand. Kini dia diterima dengan baik oleh
semua jiran. Dia juga mencadangkan agar ada usaha dijalankan untuk membaiki
hubungan antara anggota masyarakat setempat. dia mencadangkan agar diadakan
majlis ramah mesra komuniti. Cadangannya sangat disokong oleh suaminya. Mereka
pun bercadang untuk menganjurkan majlis tersebut dalam masa dua minggu. Mereka
akan memaklumkan perkara itu kepada komuniti setempat. Mereka juga menjemput
rakan-rakan sekuliah Anne untuk membantu. Ketika merancang majlis tersebut,
Faridah teringat akan kemeriahan majlis kenduri di kampung yang sudah lama
ditinggalkan. Dia juga terbayangnwajah Melina yang sudah menetap di Malaysia.
Bab 21 : Tak Ingin Tahu
Zain kembali ke tanah air setelah tiga tahun berada di New Zealand. Zain
mendapati banyak perubahan telah berlaku di kampungnya dalam tempoh
ketiadaannya. Azrul pula dianugerahi gelaran 'Datuk' kerana berjasa kepada
rakyat melalui penglibatannya dalam bidang pertanian. Beliau juga menggalakkan
para petani untuk menanam modal dalam Pertubuhan Peladang di samping berusaha
menyatukan kebun-kebun tradisi menjadi estet mini kelapa sawit dan dusun
buah-buahan. Ketika Datuk Azrul berbual dengan Zain, tiba-tiba Masitah muncul
untuk mendapatkan tandatangan tentang urusan pengambilan tenaga pekerja asing.
Datuk Azrul mengambil pekerja asing untuk bekerja dengannya kerana tiada
pilihan. Menurut Datuk Azrul, anak-anak tempatan semuanya sudah berpendidikan
tinggi dan tidak sesuai bekerja di ladang.
Bab 22 : Mengukur Usia
Datuk Azrul mengimamkan sembahyang Asar. Dia berasa sedih kerana tidak ramai
jemaah yang hadir ke masjid. Hal ini demikian kerana kebanyakan penduduk
kampung terdiri daripada orang tua. Banyak juga yang menghidap penyakit gout.
Jemaah solat Jumaat juga kini berkurangan hingga sekitar 60 orang sahaja.
Kebun-kebun juga telah banyak terbiar. Anak-anak yang mewarisi kebun ramai.
Mereka pula tidak mahu menjual tanah pusaka masing-masing. Jadi, pemilikan
tanah semakin lama semakin mengecil dan tidak ekonomi. Datuk Azrul tidak dapat
berbuat apa-apa untuk mengubah sikap masyarakat. Suasana kerjasama dalam
masyarakat kini juga sudah berbeza. Zain bersetuju dengan pandangan bapanya
bahawa zaman sudah berubah, Negara ini makmur kerana rakyat bekerja kuat.
Pendidikan tinggi pula bukan jaminan untuk menjadi senang tetapi jalan yang memudahkan.
Datuk Azrul sendiri berjaya dalam bidangnya kerana beliau berpendidikan tinggi.
Namun dia masih tidak berjaya mengubah pandangan masyarakat setempat untuk
mengusahakan tanah secara lebih komersial. Zain memberitahu Datuk Azrul bahawa
dia sudah mempunyai pilihan teman hidup iaitu seorang gadis kacukan di New
Zealand. Datuk Azrul tidak membantah dengan pilihan anaknya.
Bab 23:Melihat Dalam Diri
Perubahan Benny semakin dirasai
isterinya, Melina. Bennya sering pergi ke luar daerah tetapi tidak pernah
membawa bersama. Kali terakhir dia dibawa bersama ke Kuala Lumpur ialah pada
tiga bulan lalu setelah dia merengek mahu membeli-belah pakaian baharu. Seperti
biasa, Khadijah, anak gadis Haji Awang akan datang menemaninya. Melina berasa
serba salah apabila dia kerap menemaninya namun Khadijah menerangkannya dengan
memberitahu bahawa Haji Awang sering meminta dia menemani Melina. jauh di sudut
hatinya, Melina sangat berterima kasih kerapa Haji Awang yang tulus
membantunya. Melina dan Khadijah duduk di beranda sambil bercerita tentang
pembunuhan yang dibacanya dalam akhbar akhir-akhir ini. Tiba-tiba Melina
teringat akan ibunya yang menguruskan keluarganya dengan sempurna. Ibunya juga
pernah menceritakan pengalaman hidupnya sewaktu kecil mengutip telur itik untuk
digoreng sebagai makanan tengah hari. Tidak semena-menan Melina berhasrat
melihat kampung halaman ibunya di Sungai Besar.
Bab 24: Lambaian Hati
Ketika Zain ke rumah Anne, dia
berbual-bual tentang pelbagai perihal dengan Faridah. Faridah sangat gembira
apabila mengetahui Zain berasal daripada Sungai Besar. Dia sangat merindu
kampong halamannya. Dia teringat sawah padi dan ubi yang selalu menjadi sarapan
mereka. Setelah berbual panjang, Anne mencadangkan agar mereka ke Malaysia cuti
semester dan menumpang rumah Zain. Selain pulang ke kampong Faridah, mereka
juga boleh pergi melawat Melina yang telah menerap di sana. Faridah
sangat menyenangi persahabatan Zain dan Anne. Dia berharap agar persahabatan
mereka berakhir dengan perkahwinan dam Anne akan kembali kepada susur galurnya,
menetap di tanah ibunda.
Bab 25: Menghapus Dosa
Mehmood, Benny dan Mohamed Attar
mengunjungi rumah Ustaz Hassan Syukri untuk bertukar pendapat. Ustaz Hassan
Syukri yang sudah berumahtangga sudah tidak segan mengajak orang bertandang ke
rumahnya. Sambil menjami hidangan, mereka mula berbincang mengenai pengamalan
agama Islam di Negara kita ini. Ustaz Hassan Syukri berpendapat bahawa agama
Islam boleh diamalkan mengikut budaya dan amalan masing-masing selagi tidak
melanggar Syariat, sebagaimana yang berlaku di Negara ini. Beliau mengumpamakan
agama Islam seperti sekeping roti. Mereka juga berbincang tentang budaya orang
Melayu yang berbeza-beza. Beberapa tahun kemudian, mereka beransur pulang.
Dalam perjalanan, mereka berbual tentang Ustaz Hassan yang dikatakan mempunyai
pandangan yang agak berbeza. Mereka beranggapan bahawa untuk mahu, kita kena
berjuang dan berpolitik. Mereka percaya bahawa tiada Negara Islam yang
berkekalan tanpa peperangan dan politik. Mereka bertekad untuk menegakkan
perjuangan bersama-sama agar musuh Islam merasakan keperitannya.
Bab 26: Hari Wanita
Soleh Johnsons dan Faridah sudah
berada di tanah air dengan tujuan mahu bercuti, melawat Melina yang sedang
sarat mengandung dan membincangkan perkahwinan Zain dan Anne. Soleh dan Faridah
menginap di bunglo percutian di Cameron Highlands. Soleh telah berkenalan
dengan ramai jemaah dalam seminggu ke masjid dan kebanyakan mereka sudah lama
menetap di Cameron Highlands, antaranya Amir Mustor, Muslim, Arif Carlson bekas
askar British, Ahmad Raffles, bekas Royal Australian Force yang mengusahakan
kebun Strawberry manakala isterinya, Zaidah Hashim memasarkan hasil kebun di
kedai kecil mereka. Musa Surray yang berbangsa Scot pernah menjadi penyiasat
persendirian dan bekas anggota Sepcial Branch yang memerangi komunis dan
seorang lagi kenalan Soleh, Yusuf Jensen berbangsa Belanda tetapi fasih
berbahasa Indonesia kerana dia dilahirkan di Bogor. Soleh dibawa minum teh
bersama Yusof Jensen dan menjemput dia untuk bersama-sama menerima kunjungan
daripada keluarga Datul Azrul. Zain bersama ayah dan ibunya, Datuk Azrul dan
Datin Aishah bertemu dengan keluarga Anne. Datin Aishah khuatir Zain akan
menetap di luar Negara selepas berkahwin. Datuk Azrul dan sekeluarga bertemu
dengan keluarga Anne di banglo yang digelar The Golf View Cottage
yang dahulunya dinamakan oleh pemilik asal The Fog Cottage. Majlis yang asalnya
dirancang untuk membincangkan perkahwinan Zain dan Anne bertukar
menjadi pertemuan bersejarah apabila Datuk Azrul bertemu dengan Faridah yang
juga kakak kepada buah hantinya, Rahayu yang telah meninggal dunia kerana
menghidap barah paru-paru.
Bab 27:
Benny memandu keretanya untuk ke
Pulau Pinang setelah mendapat e-mel berbahasa Arab. Dia meninggalkan rumah awal
pagi dengan hati libang-libu. Dia meninggalkan rumah sehelai sepinggang dengan
hanya sebuah ciuman di dahi isterinya, Melina. Ketika Benny tiba di kawasan
perbukitan di Awana berhampiran Genting, telefon bimbitnya menyampaikan pesanan
supaya terus ke Pulau Pinang dan bukan menyusur masuk ke bandar Ipoh. Selepas
itu, Mehmood yang menghubunginya dari Kuala Lumpur menggesa Benny supaya
menyerah diri kepada International Police. Benny tidak menyangka bahawa Mehmood
seorang anggota polis yang menyamar untuk menjejaki Mohamed Attar. Benny tidak
mengendahkan pujukan Mehmood kerana dia tidak mahu ditangkap dan kemudian
dihantar ke pusat tahanan. Dia memutuskan penggilan lalu mencampakkan telefon
bimbit itu keluar tingkat. Hanya tiga minit yang diperlukan untuk mengesannya.
Bennya memandu terus. Suara Melina kembali dalam ingatannya. Betapa isterinya
tidak menyenangi teman-temannya. Pendapat Benny selalu bertentangan dengan
Ustaz Hassan Syukri mahupun Haji Awang, jirannya. Haji Awang menjelaskan
tentang Islam kepada Benny tetatpi Bennu tetap tidak sependapat dengannya.
Sebuah kereta memotong laju memadamkan ingatanya. Dia memecut laju untuk sampai
ke destinasi. Dia tidak menyangka begitu jauh tindakan Mohamed Attar. Benny
kecewa kerana dia terpaksa meninggalkan Melina sendirian. Sebaik tiva di Pantai
Miami dia berttemu dua orang lelaki. Mereka memperkenalkan diri mereka.
Kemudian, dia menaiki bot menuju perairan antarabangsa.
Bab 28: Cerita Penghujung
Usia
Faridah dan Datuk Azrul terkenang
akan peristiwa silam 25 atau 27 tahun lalu. Faridah bercerita tentang kisah
hidupnya dan Ayu, iaitu adik kembarnya yang penuh dengan cerita duka. Mereka
terpisah kerana perceraian ibu bapa. Selepas itu, Faridah tertanya-tanya
tentang kehilangannya begitu lama dahulu. Datuk Azrul berkata bahawa dia telah
jumpa banyak orang dan mendapat pelbagai sumber. Antaranya, ada cerita tentang
orang bunian, mitos dan sejarah yang sudah lama dilupakan orang namun dia hanya
percaya kepada satu sumber iaitu akal. Dia percaya akal Faridah telah bergerak
jauh, merentasi ruang dan sempadan masa. Faridah juga berkesempatan bertemu Ayu
sungguhpun hanya dalam mimpi. Selepas itu, mereka berbual tentang rumah bangle
yang dibeli oleh Soleh, Memandangkan kedua-dua anaknya akan menetap di Malaysia.
Faridah juga berkata bahawa dia sepatutnya menulis tentang pengalamannya ketika
koma. Selain itu, dia juga ingin pulang untuk menziarahi kubur Ayu, Ghazali dan
ibunya.
Bab 29: Pasrah
Melina termenung memikirkan Benny
yang sudah empat hari menghilangkan diri tanpa pesanan. Melina tahu suaminya
seorang yang bertanggungjawab dan pasti ada sebab mengapa Benny pergi tanpa
satu pesanan. Melina teringat akan peristiwa pertama kali dia melihat Benny
begitu bersungguh-sungguh untuk berubah semasa mereka dalam penerbangan ke
Kuala Lumpur. Azamnya itulah yang mengukuhkan persahabatannya dengan Ustaz
Hassan Syukri, Mohamed Attar, Mehmood dan Noor Mohamad. Akhirnya, Melina pergi
ke balai polis untuk membuat laoran kehilangan. Akhirnya terbongkar juga kisteri
kehilangan Benny apabila Melina memberikan beberapa kad kepada Inspektor Radzi
tetapi Benny tidak terlibatd alam senarai tangkapan. Tiba-tiba, telefonnya
berbunyi dan panggilan daripada nombor yang tidak dikenali. Hatinya berdetik.
Bab 30: Pangkuan
Sudah dua minggu Benny menghilangkan
diri. Akaunnya sudah dipenuhi wang yang cukup untuk menyara hidupnya selama
setahun. Rumah yang didiami Melina sekarang sudah ditukar ke atas namanya.
Setelah menerima kereta daripada wakil Jaafar Al-Anbla, Khalid, Melina
mengemaskan barang-barangnya dan bertolak ke Cameron Highlands setelah menolak
permintaan Khalid untuk mengikutnya ke Dubai. Melina menuju ke Kuantan dan
bergenti di sebuah kedai menjual cekera padat di Bandar Kuantan. Dia membeli
sekeping CD Koleksi terbaikLOBG. Dalam perjalanan ke Cameron Highlands dia
teringat kembali perbualannya dengan Inspektor Radzi tentang penglibatan Benny
dengan pengganas. Dia juga terkenang bagaimana Benny secara tiba-tiba membrek
bagi mengelak agar tidak terlanggar seekor kucing hutan. Melina tidak percaya
Benny terlibat dengan keganasan. Melina berhenti di sebuah masjid di Pekan
Batang Kali untuk bersolat Zuhor. Setelah tiga jam perjalanan Melina tiba di
Pekan Ringlet. Melina terus menelefon mamanya, Faridah. Faridah sangat terharu,
Faridah dan Soleh menjemput Melina di Maybank Tanah Rata.
Bab 31: Atas Nama Cinta
Anak Faridah, Anne Johnson berkahwin
dengan Zain, anak Datuk Azrul. Perkahwinan Anne dan Zain dihadiri ramai tetamu
terutamanya dari luar Negara. Perkahwinan tersebut begitu bersejarah kerana
perkahwinan tersebut melibatkan pasangan dari dua Negara berlainan. Faridah
sangat gembira kerana akhirnya dia dapat pulang ke kampong halamannya. Ramai
orang lama kampong halamannya telah meninggal dunia, walau bagaimanapun,
Faridah Berjaya bertemu dengan Pak Talib. Pak Talib sudah tua dan hanya mampu
baring serta tidak larat berdiri. Kedatangan Faridah disambut Sujak, anak Pak
Talib. Mereka bersembang seketika tentang kehidupan Faridah dahulu yang telah
pergi meninggalkan kampong dan tidak pernah kembali lagi selepas itu. Faridah,
Anne dan Zain berjalan dan meninjau di sekitar rumah lama Faridah, sambil
mengimbau kembali kenangan lama dan peristiwa silam. Faridah menyuruh Zain
mencari anak Pak Ghaffur, orang yang memegang kunci rumah lama Faridah
kerana dia ingin menunaikan solat taubat dan sujud syukur di dalam
rumah tersebut. Di situ Faridah bersembang bersama Anne sambil memberinya
nasihat bahawa wanita akan menjadi matang apabila dia bergelar isteri dan
seterusnya menjadi ibu. Faridah juga menjawab soalan yang dilontarkan oleh Anne
tentang sebab Faridah meninggalkan kampong halamannya suatu masa dahulu.
Bab 32: Bahagia Bersulam Air Mata
(Sumbangan Cik Nor Ardiaty Azleen)
Soleh telah membawa Melina ke
Dubai untuk bertemu dengan Benny. Sebaik tiba di Dubai mereka telah menaiki
limousin terus ke Emirate Tower Hotel. Benny telah sedia menunggu mereka di
sana. Benny telah insaf dan mengakui bahawa dia telah tersilap memilih
kawan.. Benny bersyukur kerana telah selamat sampai ke Dubai atas pertolongan
sahabat-sahabat setelah menempuh berbagai dugaan di lautan. Kata putus diambil
Melina dan Benny akan terus menetap di Dubai dan Benny tidak akan belayar lagi
. Dua hari kemudian Soleh terbang pulang ke Kuala Lumpur. Jauh di sudut
hatinya, Soleh tahu Melina akan bahagia di sana.
Bab 33:
Janji Pada Tanah Ini (Sumbangan Cik Nor Ardiaty Azleen)
Zain dan Anne telah menetap di New
Zealand, mengambil alih perusahaan dan penternakan keluarga Johnsons. Anne
telah melahirkan anak perempuan kembar seiras diberi nama Melinda dan Rahayu.
Melina pula telah melahirkan seorang anak lelaki bernama Said al-Anbia.Soleh
dan Datuk Azhar bersama-sama telah mengusahakan pusat peranginan di Tanah
Tinggi Lojing. Faridah memilih untuk menjadi pemerhati dan penikmat alam.
Memori di Bukit Kutu serta saat-saat indah bersama Ayu dalam alam bawah sedar
tetap terpahat di hatinya. Faridah bersyukur berbaur sebak kerana
akhirnya dia telah pulang dan kembali membina jati diri bangsa di tanah air ini.